MAJLIS DAERAH PUTATAN MAJLIS DAERAH PUTATAN




BAHAGIAN KESIHATAN & PERSEKITARAN


1.Pengenalan
Bahagian Kesihatan & Perkhidmatan luar ditubuhkan bagi memastikan mewujudkan keadaan dan persekitaran premis makanan yang bersih serta selesa, Melindungi dan memastikan pengguna memperoleh makanan yang bersih, selamat, bermutu, berkualiti dan dilabelkan serta ditugaskan untuk kerja-kerja pengindahan landskap di sekitar kawasan daerah Putatan.

2.Objektif
Untuk melindungi pengguna daripada bahaya dari sudut kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunana makanan serta meningkatkan kualiti makanan yang dihasilkan, diproses, disimpan dan dikendalikan dengan cara yang bersih dan sempurna selaras dengan aspirasi kerajaan, rakyat dan penduduk setempat berlandaskan dengan dasar dan perancangan yang wujud di dalam Rancangan Struktur MDPTN.

3.Fungsi Bahagian
• Melaksanakan Pemantauan Kebersihan Tandas Awam
• Melaksanakan Pemantauan Kebersihan Pasar Am dan Pasar Ikan
• Menguatkuasa Undang-Undang Kecil Majlis yang berkenaan
• Menjalankan Pemeriksaan keadaan Penjaja Bergerak
• Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan
• Menjalankan Pemeriksaan Proses Pengendalian Makanan
• Menyelia Unit Kawalan Bawaan Vektor
• Menjalankan Pemeriksaan Sanitasi Premis Makanan dan Premis Penyediaan Makanan
• Mengurus Kerja-Kerja Kecemasan
• Menganjurkan program-program berkaitan alam sekitar
• Menyelesaikan aduan dan isu berkaitan masalah kesihatan awam
• Pengurusan sisa pepejal yang cekap


>KLIK “LINK DIBAWAH” UNTUK MEMAPARKAN DASHBOARD KAKITANGAN<
KLIK SINI UNTUK PAPARAN DASHBOARD KAKITANGAN